Ahad, 20 Mei 2012

Organ Pembiakan

Organ Sistem Pembiakan Perempuan :


Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan perempuan :


Gamet Betina : OVUM

  1. Dikenali juga sebagai telur
  2. Berbentuk sfera dan mempunyai nukleus yang besar dan sitoplasma
  3. Ovum akan dihasilkan oleh ovari dan dilepaskan pada setiap bulan.
  4. Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan 
  5. Ovum boleh hidup selama 24 jam (1hari)
Organ Sistem Pembiakan Lelaki :

Fungsi-fungsi setiap organ sistem pembiakan lelaki :

Gamet Jantan : SPERMA


  1. Sperma dihasilkan selepas seorang lelaki mencapai akil baligh (puberty).
  2. Sperma terbahagi kepada 3 bahagian iaitu KEPALA, LEHER, dan EKOR.
  3. Bahagian kepala mengandungi nukleus yang berfungsi membawa maklumat genetik (baka) daripada ayah kepada anak.
  4. Bahagian leher pula berfungsi untuk menghasilkan dan membekalkan tenaga kepada ekor.
  5. Bahagian ekor pula membantu sperma untuk bergerak dan berenang.
  6. Sperma boleh hidup di luar badan selama 72 jam (3hari).
Proses Persenyawaan & Kehamilan

  1. Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio
  2. Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj (vagina)
  3. Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian terus berenang memamasuki tiub falopio
  4. Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja sperma dapat bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot.
  5. Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai embrio.
  6. Embrio akan bergerak sepanjang tiub falopio hingga ke uterus dan terbenam pada dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses penempelan.
  7. Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus juga akan terus berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai bayi.

Gambar Fetus & Plasenta :


FUNGSI PLASENTA :
  • Pertukaran bahan antara ibu dan fetus seperti makanan, bahan buangan dan oksigen
  • Ibu memberikan makanan, antibodi, dan oksigen manakala bayi menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea
FUNGSI TALI PUSAT :
  • Menghubungkan fetus dengan ibu
  • Memindahkan bahan antara fetus dan ibu
FUNGSI CECAIR AMNION :
  • Sebagai penyerap hentakan
  • Memberi perlindungan kepada fetus daripada kecederaan
  • Membenarkan embrio/fetus bergerak bebas semasa pertumbuhan
Contoh mamalia :


2 ulasan:

  1. Penerangan yang menyeluruh. Sesuai untuk d jadikan bahan pengajaran.

    BalasPadam
  2. Terima kasih penerangan yang lengkap. amat sesuai untuk pengajaran

    BalasPadam