Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk boleh berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai klon. Terdapat 5 cara untuk pembiakan aseks, iaitu :
1. Belahan Dedua
- Pembiakan melalui belahan dedua ialah pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk.
- Berlaku pada organisma unisel seperti ameba, paramesium, dan bakteria.
2. Pertunasan
- Pertunasan ialah pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk untuk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk(klon).
- Contoh hidupan yang membiak melalui pertunasan ialah hidra (sejenis haiwan) dan yis (sejenis organisma unisel).
3. Pembentukan Spora
- Spora adalah zarah halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan diselaputi dengan lapisan yang keras.
- Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang baru.
- Contoh hidupan yang membiak melalui pembentukan spora ialah tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.
4. Penjanaan Semula
- Penjanaan semula merupakan pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada induk rosak, pecah ataupun putus.
- Contoh hidupan yang menggunakan sistem pembiakan penjanaan semula ialah tapak sulaiman dan cacing pipih(planarian).
- Pembiakan berlaku apabila pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan daun pada pokok induk.
- Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu batang rayap(runner), umbisi(corms), rizom, bebawang(bulb) dan sulur.
TQ
BalasPadamAdakah lobak merah membiak secara pembiakan vegetatif melalui bahagian batang?
BalasPadamPembiakan vegetatif
PadamTerbaik
BalasPadamTerima kasih
BalasPadambagaimana sel membiak?
BalasPadamapakah contoh aseks
BalasPadam