Di dalam blog kami ini, kami akan memberikan informasi mengenai sistem pembiakan manusia kepada pelajar-pelajar.
Selasa, 22 Mei 2012
Kesimpulan
Kami berharap agar pelajar dapat menggunakan sepenuhnya informasi yang kami berikan di dalam blog ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam subjek Sains. Semoga dengan adanya gambar dan video dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pelajar bagaimana sistem pembiakan berlaku.
Objektif
1. Membantu pelajar untuk memahami sistem pembiakan.
2. Mendedahkan pelajar kepada teknik penggunaan teknologi maklumat dalam mata pelajaran Sains.
3. Membolehkan pelajar berkongsi idea tanpa had.
Pengenalan
Kami menggunakan blog ini untuk menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu sains. Penggunaan blog dapat menarik minat pelajar kerana mereka dapat meneroka konsep sains dengan menggunakan teknologi maklumat.
Perkembangan Bayi Dalam Tempoh Kehamilan
Di sini kami
kongsikan maklumat tentang perkembangan bayi serta diri anda sepanjang tempoh
kehamilan dan anda juga boleh saksikan video di atas : perkembangan janin di
dalam rahim ibu untuk lebih memahami apa yang berlaku sepanjang tempoh
tersebut.
Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas
persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di
dalam rahim.
Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula
mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12,
jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh
pada endometrium.
Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu
persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga
lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu 4
Bayi Anda
Bentuk asas seorang
manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan
kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam
darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada
jantung).
Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota
tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini
dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama
lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.
Tubuh anda
Haid anda tidak
datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian
air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.
Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah
terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan
embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran
darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan
pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Tubuh anda
Jika anda menderita morning
sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok
dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran
1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa
pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda
berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga
turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran
1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa
pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda
berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga
turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus
mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan
kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula
bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang
dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh
perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.
Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus
mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan
jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari
normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang
mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih
panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal
memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.
Bayi Anda
Di minggu ini,
majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang
dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon
selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya
pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan
(kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda
perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika
berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu
dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.
Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus
berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik
kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari
dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya.
Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya
menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang
fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan
bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu
ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga
berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan
pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk
anda dan kandungan.
Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5
sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi.
Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk
merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik
setelah dia lahir nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim
yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda
“buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian
tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula
jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua,
organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini
semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya
dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm
dengan berat sebanyak 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang
mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan
oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah
jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk
memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan
kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding
sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda
dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.
Minggu 15
Bayi Anda
Tulang rangka bayi
anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut
pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.
Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar.
Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan
jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan
beratnya kira-kira 100 gm.
Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap
bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu
rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan.
Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi
anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda
sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin
bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan.
Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama,
garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra
semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.
Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi
dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah
mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini,
dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda
kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin
membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut.
Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara
masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor
gigi untuk rawatan.
Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda
ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia
juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian
daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi
anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda
kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah
semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga
mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil,
membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara
masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang
trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang
ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.
Minggu 19
Bayi Anda
Sama seperti anda,
janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai
terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal
juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285
gm.
Tubuh anda
Saat ini berat badan
anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara
kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula
kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia
kala setelah anda melahirkan.
Minggu 20
Bayi Anda
Vernis merupakan
sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya
daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini
berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.
Tubuh Anda
Rahim semakin cepat
membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil
lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.
Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya
tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.
Minggu 21
Bayi Anda
Bayi anda kini sangat
aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak
hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada
anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan
cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan
beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda
berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi
dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru
semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini
anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk
membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.
Minggu 22
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan
anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi
anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan
yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan
paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi
anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian
bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin
membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda
mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain
itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah
waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami
tidak berlarutan.
Minggu 23
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah
semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk
sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung
beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta
ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin
meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440
gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat
rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian
tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah
perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila
anda berehat.
Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin
lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung
bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi
anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi
anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda
Tubuh anda kini mula
menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki
anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak.
Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.
Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada
bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga
semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan
keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini
jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi
dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.
Tubuh anda
Anda kini kelihatan
lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran
darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda
sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap
berlaku.
Minggu 26
Bayi Anda
Walaupun bayi anda
kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di
bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan
sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700
gm.
Tubuh anda
Dengan perut yang
semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa
tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini
cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat
secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki
dengan bantal.
Minggu 27
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Minggu 28
Bayi Anda
Pada usia ini, bayi
sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada
usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup
sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.
Tubuh anda
Payu dara anda
mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda
berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada
coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan
diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda
didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
Minggu 29
Bayi Anda
Bayi semakin membesar
dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan.
Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh.
Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg
dan ukuran badan mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa
dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras
badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau
berbaring.
Minggu 30
Bayi Anda
Bayi kini sudah
pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh
mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.
Tubuh anda
Anda akan cepat rasa
letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat
lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam
juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap
sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian
otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan
bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga
mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi
kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Tubuh anda
Sesak nafas atau
termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak.
Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk
bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif
bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi
aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap
berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya
kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Tubuh anda
Jika anda bekerja,
mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai
persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi Anda
Jari jemari mulai
terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini,
bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat
1.8 kg.
Tubuh anda
Kenaikan berat badan
kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih
kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan
dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi Anda
Berat badannya
semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata
kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.
Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat
badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.
Tubuh anda
Tekanan darah mungkin
akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada
peringkat ini.
Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi
membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif
kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan
panjangnya 44.5 sm.
Tubuh anda
Banyakkan berbincang
tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau
sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang
sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh
bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh
bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda
ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin
mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap
jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.
Tubuh anda
Bernafas kini semakin
tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh
bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu
mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi
mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang
membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47
sm.
Tubuh anda
Bersedia, mungkin
anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas
bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses
kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah
lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi Anda
Lemak mula terbina
dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut
mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada
usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya
pula 48 sm.
Tubuh anda
Sentiasa peka dengan
perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat
pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti
tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang
disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi Anda
Kini bayi matang
sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.
Tubuh anda
Masa kini sudah tiba.
Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa
sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke
hospital.
Minggu 40
Dia seharusnya sudah
berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya.
Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.
Langgan:
Catatan (Atom)